Monday 19 January 2015

Bercerita...

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menarik minat kanak-kanak dan seterusnya akan mewujudkan rasa senang dalam diri kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan memudahkan pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara yang baru dipelajari. 
    
   Bercerita merupakan satu seni menggunakan bahasa, gerakan, dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang imaginasi kanak-kanak seterusnya membantu perkembangan mereka dalam memahami perkara di sekeliling mereka.Antara pengisian dalam aktiviti bercerita ialah mengenali haiwan dan bentuk fizikal mereka selain sifat-sifat haiwan tersebut.

   Sebagai contoh, Tabika Kemas Bangunan Khas Tebuk Matau telah mengambil inisiatif menjemput guru-guru praktikal di sebuah pusat pengajian tinggi untuk datang ke tabika dan melakukan aktiviti bercerita bersama kanak-kanak.


Guru-guru sedang bersiap sedia untuk memulakan aktiviti bercerita dengan menggunakan props bagi menambah tarikan dalam penceritaan. 

Kanak-kanak memberi tumpuan ketika persembahan cerita dilakukan.


Kanak-kanak yang aktif dan responsif sepanjang aktiviti dijalankan turut menerima hadiah sebagai dorongan kepada mereka dan rakan-rakan lain.


Secara keseluruhannya, aktiviti bercerita ini membolehkan kanak-kanak meluahkan atau mendengar apa sahaja yang ingin dikatakan melalui cerita tersebut. Ianya membuka ruang kepada imaginasi kanak-kanak dalam membayangkan suasana serta situasi cerita sekaligus membangkitkan keseronokan untuk belajar. Sesi bercerita ini dapat dijadikan alat kepada kanak-kanak untuk meneroka kreativiti diri mereka sendiri.Ianya juga dapat meningkatkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dan responsif terhadap soalan yang diajukan oleh guru.


Antara laman sesawang atau blog yang membincangkan tentang aktiviti bercerita di dalam pengajaran & pembelajaran kepada kanak-kanak :-