Tuesday 10 February 2015

Seni Visual

Selepas aktiviti persembahan bercerita tamat, program disambung dengan slot pengajaran & pembelajaran oleh cikgu yang dijemput. Melalui slot ini, kanak-kanak tabika diajar untuk mengenali haiwan dan bentuk fizikal mereka. 


Slot ini diteruskan dengan aktiviti seni kolaj di mana kanak-kanak tersebut perlu membina kolaj berdasarkan kepada gambar haiwan diberi. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan kolaj yang menarik. 

Di akhir aktiviti, kanak-kanak yang menghasilkan hasil kolaj yang menarik dan kreatif akan diberi hadiah. 





No comments:

Post a Comment