Saturday 26 December 2015

Pendidikan Muzik

Pendidikan muzik pada kanak-kanak tabika dapat mengaktifkan minda kanak-kanak dan turut memberi keriangan dan kegembiraan. Proses pembelajaran melalui muzik juga lebih cepat berbanding proses pembelajaran seperti biasa. Contohnya, untuk menghafal huruf ABC, kanak-kanak diperkenalkan dengan lagu ABC. Dengan itu, kanak-kanak dapat menghafal huruf ABC dengan lebih cepat dan mudah.

Pendidikan muzik juga adalah lebih menarik. Pembelajaran seperti biasa mungkin akan menyebabkan kanak-kanak berasa bosan, mengantuk dan tidak minat untuk belajar. Tetapi, selepas ditambah dengan muzik, kanak-kanak akan berasa lebih segar dan berminat untuk belajar.

Selain memasang video muzik dari komputer, kanak-kanak juga turut diajar untuk bermain alat muzik seperti kompang, marakas, tamborin, gendang, kerincing dan sebagainya.


Selain itu, kanak-kanak juga diajar menyanyi bersama guru.

Monday 16 November 2015

Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bagi kanak-kanak adalah amat penting. Pendidikan kesihatan termasuklah gosok gigi, cara berpakaian, penjagaan rambut dan kuku.



CARA-CARA PENJAGAAN GIGI

  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari 
  • Makan makanan berkhasiat yang mengandungi zat kalsium contohnya ikan, kerang, udang, ikan bilis, susu dan tomato.
  • Mengurangkan pengambilan makanan yang manis
  • Berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan





CARA BERPAKAIAN

  • Pastikan memakai pakaian yang selesa
  • Pastikan pakaian yang dipakai sentiasa bersih dan kemas
  • Sentiasa mencuci pakaian yang telah kotor
  • Menukar pakaian apabila badan sudah berpeluh

PENJAGAAN RAMBUT

  • Cuci rambut dengan syampu yang sesuai
  • Menyikat rambut supaya nampak kemas
  • Jangan pakai tudung ketika rambut masih basah kerana akan mengakibatkan rambut berbuah atau kelemumur
  • Pakai syampu kutu jika rambut ada masalah kutu
  • Potong rambut sehingga pendek bagi kanak-kanak lelaki supaya nampak kemas
  • Mengikat atau mendandan rambut bagi kanak-kanak perempuan supaya rambut sentiasa nampak terurus

PENJAGAAN KUKU

  • Kuku hendaklah sentiasa bersih
  • Sentiasa mencuci tangan dengan sabun selepas ke tandas
  • Tidak menggigit kuku kerana kuku mengandungi bakteria selain boleh menyebabkan kuku rosak
  • Potong kuku 2 kali seminggu atau apabila kuku sudah panjang
  • Sentiasa memastikan kuku pendek dan kemas
  • Tidak bermain benda yang kotor seperti tanah
  • Cuci tangan sebelum makan

Saturday 24 October 2015

Pendidikan Moral

Pendidikan Moral bagi kanak-kanak adalah amat penting. Hal ini bagi mendidik dan membentuk sahsiah dan rohani murid-murid sejak dari umur kanak-kanak. Objektif pembelajaran adalah untuk menjelaskan konsep dan amalan kerohanian dan moral menurut kefahaman agama Islam dan agama-agama lain. Selain itu, dapat mengetahui dan memahami apakah fokus utama Pendidikan Islam prasekolah. Penerapan kerohanian melalui ilmu, kemahiran, amali, dan pembudayaan juga dapat diterapkan.

Pendidikan Moral pada peringkat awal merupakan sesuatu yang amat penting. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak. Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata bagikanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.




Sunday 20 September 2015

Permainan Tradisional

Post sebelum ini telah menjelaskan sedikit sebanyak tentang permainan moden. Post kali ini akan menjelaskan tentang permainan tradisional pula.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. 
Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kanak-kanak tabika yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. 
Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.
Permainan guli
Congkak

Permainan teng-teng


Saturday 15 August 2015

Pendidikan Fizikal Jasmani

Murid disarankan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pendidikan fizikal jasmani bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid di samping menjana minda yang cerdas.

Bermain adalah satu aktiviti yang tidak asing lagi bagi kanak-kanak yang aktif supaya bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya serta mendapat keseronokan. Pendidikan fizikal jasmani melibatkan pergerakan menendang, membaling, memanjat, memusing dan sebagainya. Oleh itu, dengan bermain dapat meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.

Permainan turut melibatkan interaksi antara murid dan pada masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka. Hal ini kerana kanak-kanak bekerjasama, berkongsi, dan berinteraksi semasa bermain.

Pendidikan fizikal jasmani murid tabika terdiri daripada permainan moden dan juga permainan tradisional.

PERMAINAN MODEN

Permainan moden mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

- Permainan yang menggunakan tenaga elektrik atau bateri
- Harga yang agak mahal
- Lebih bersifat individu

Contoh permainan moden adalah seperti berikut:

Lego

Bowling Mainan

"Plasticine" atau tanah liat
Bermain kereta mainan


Monday 13 July 2015

Pendidikan Islam - Huruf Jawi


Mengajar murid mengenal huruf dan membentuk huruf jawi. Pertama sekali, murid diperkenalkan dengan abjad jawi asas melalui carta huruf jawi. Murid juga diajar untuk menyebut setiap abjad tersebut. Sebagai aktiviti dalam kelas, murid diberi pelajaran pengukuhan dengan membentuk huruf jawi menggunakan "plasticine" atau tanah liat.





Monday 15 June 2015

Bahasa Malaysia

Murid diberi gambar dan dikehendaki untuk mengisi tempat kosong dengan huruf yang sesuai. Mereka juga diberi tugasan untuk memadankan gambar dengan perkataan yang betul. Selain itu, murid perlu membulatkan jawapan yang betul berdasarkan gambar yang diberi. Akhir sekali, murid dikehendaki memilih perkataan yang sesuai untuk membina ayat yang mudah. 

Contoh latihan adalah seperti gambar di bawah: